Random Thoughts

Bismillahirahmanirrahim. Harap semua yang membaca sentiasa sihat dan ceria, bahagia.
Entry malam ni simple tapi insya-Allah akan keluarnya dari sekeping hati yang bersungguh. 

20 tahun. Di mana saya rasa phase yang mencabar, baru nak kenal dunia, baru nak kenal orang keliling dan yang paling penting sekali, baru bertatih nak kenal diri sendiri. Mungkin tak ada personaliti diri pun lagi.

Bila dah 20 tahun, rasa macam kena tahu keadaan sekeliling, isu dunia, politik, jangan pentingkan diri sendiri dan selalu kena letak diri dalam kasut orang lain walau macam mana beza pun saiz kaki. hihi. Seriously, we are getting old but we can still being a gold. Kena berilmu, kena ada pegangan agama dan kena sentiasa bersyukur dan berterima kasih. Hidup simple so sila jangan rumitkan atau kita sendiri yang akan stress di kemudian hari. Stress could kill you silently. Jiwa boleh terbang and you beautiful life will become lifeless. Mintak jauh.

Dan mula jugaklah berfikir soal "dekat mana lah aku 5-6 tahun akan datang, kerja apa, hidup lagi ke and watsoever".

Saya selalu berharap kalau Allah dah tetapkan saya untuk berkahwin, Allah akan  kurniakan seseorang yang boleh sabar dengan saya yang tak sabar ni, boleh luruskan saya yang bengkok. 
Rasa seram bila bercakap pasal ni tapi inilah realiti yang akan kita hadapi satu hari nanti dan sekarang mungkin kita dah boleh fikir selow selow santay santay. Semua orang nak bahagia tapi tak semua orang dapat. Ada yang kawin tapi bercerai...Hikmah mungkin besar tapi orang yang merasa mesti tahu macam mana rasa bila keputusan lain tak boleh dibuat melainkan jalan terakhir yang menyakitkan tu. Kejap kejap, asal aku rasa macam aku ni pegawai sulh mahkamah syariah? hahaha.
Tapi betul kan? His plan is the best eventhough we may not like it. Betulkan? Tolong angguk ye.

Bila abang abang dan kakak kakak cerita macam mana sabarnya mak dengan ayah dalam susah senang dulu, rasa terharu dan bangga sangat dengan mak dan ayah sebab tak semua orang mampu susah walaupun berdua. Bila hidup berdua dan bila dalam keadaan susah, dalam keadaan dan situasi tertentu, seseorang tu akan anggap pasangannya sebagai pendorong dan penyumbang kekuatan dan dalam situasi tertentu pula, akan ada seseorang yang anggap pasangannya sebagai satu bebanan :( 

Thats why i keep asking Allah to give me patience in all kind of situation. Sebab saya ni jenis manusia tak sabar jugak sometimes dan kenapa saya rasa macam saya kena minta itu ini daripada Allah adalah sebab faktor sekeliling. Bila kita tengok dan observe life orang, kita akan berfikir macam-macam dan kita jugak akan judge macam macam. Hidup kan, tak lari daripada menghukum walaupun sebenarnya kita ni tak ada hak langsung untuk judge orang lain sesuka hati. Tapi tu lah satu kena ingat, being a judgemental person doesnt make your life any prettier pun so dah dah la judge life orang yang sebenarnya kita tak tahu pun pucuk pangkal dia. Rasa lifeless je bila give a damn on someone's life padahal hidup sendiri tak kurang pun daripada bot yang habis minyak pastu takde pendayung pulak tu. Duk la terumbang ambing atas air pastu tetiba karam pulak sebab ko berat sangat asyik makan ayam goreng je.
Hmm.

Okay. So sekarang ni dah pukul 1 dan hujan pun belum berhenti, mata pun dah makin layu. Risau esok mak kejut dengan tangan atas keyboard haha. Rasa macam ok lah nak berenti sekarang sebab hujan makin lebat ni. Bila hujan makin lebat, seorang Syuhada akan menjadi seorang yang  sentimental di mana kisah kisah lama akan dikenang kembali pastu mula aaa syahdu sorang sorang. haha.


I think it is better to stop now sebelum melalut ke lain.
Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan Sijil Menengah Agama (SMA)

Subjek-Subjek Tingkatan 6 (Form Six)