Subjek-Subjek Tingkatan 6 (Form Six)


Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera semua. Semoga semua sihat sentiasa dan terlindung dari segala kesusahan dan malapetaka. Insya-Allah malam ni saya nak kupas serba sedikit tentang tingkatan 6, STPM atau prauniversiti. Sama je semua yang dimention tu sebenarnya haha. So lets start now yeyeahh. Ceh tibekan macam semangat lain macam bila sebut pasal form 6 ni. Rindu sebenanrnya. Form 6 ni life phase paling singkat dalam hidup saya untuk adapt dan accept. Either kawan, cikgu-cikgu atau education itself. Serious cakap, life phase paling singkat untuk adapt dan accept ni lah yang saya takkan lupa dan akan kenangkan sepanjang hayat saya. Form six banyak mengajar saya banyak erti. Erti kepayahan, erti persahabatan, erti kesungguhan dan macam-macam lagi. Tibe rindu pulak dengan form six life even time form six dulu selalu homesick hahaha. Sebenarnya form six ni best tau. Best bila dapat kawan best, cikgu best tapi belajar tu tipu la kalau best jugak kan. Haha. Kitorang time form six stress kena mix around dengan students arus perdana tapi ketahuilah bahawa diroang jauh lebih matured. Kitorang balik surau pun lumba siapa sampai asrama dulu. Oh mannn the good old days. Hahaha.  Oh btw, saya dari family form six sesi 2017/2018. Sekarang tengah tunggu result sambil besarkan badan yang dah sedia besar ni. Mohon doa la ye semua supaya result kami nanti mampu banggakan orang sekeliling yang banyak support kami.

Bila cakap pasal form six ni mesti semua orang gerun, ye dak? Tipu la kalau tak sebab dulu saya punya mindset pun teruk jugak pasal form six ni. Kena belajar susah la, kena pakai baju sekolah la, kena pergi sekolah la, kena masuk kelas macam budak sekolah la. Mindset yang selalu jadi dilemma setiap makhluk yang nak masuk form six. Kan kan kan. Saya punyalah taknak form six ni sebab saya sebenarnya dah ada aim sendiri bila habis SPM. Tapi itula kan. Result SPM pun tak gempak, takyah la nak demand sangat wahai seketul Syuhada yang berketul ketul. After SPM, saya sempat cari rezeki jadi akak dewan makan. Bila dah keluar result dan isi UPU, saya dapat apa yang saya nak sangat. Time keluar result UPU tu, saya dah register form six atas arahan dan nasihat mak dan makteh. I know that they know the best for me so saya follow. Tibe dah masuk form six, dapat pulak tawaran diploma in law. I swear I was at my worst bila mak suruh stay form six je and again, I know my mum tahu apa yang terbaik so I’d decided to stay dan sekarang, proudly say that there is no word regret after choosing for what I had chosen, syukur sangat kepada Allah sebab Dia lah yang melancarkan segalanya.

Ok saya ikut step by step la ya.

Form six ni lebih dikenali dengan STPM yakni Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia. Tapi ramai tak tahu yang form six jugak dipanggil sebagai prauniversiti. Ada jugak yang confuse STPM dan STAM. Ok dedua ni berbeza ok adik adik. Even awak kenal seseorang yang ambik STPM ni ambik aliran agama, dia tetap sedang belajar form six ye adik adik. STAM ni fully belajar arab. Akak tak mampu dik.
Form six ni ada 3 semester. Dulu dipanggil penggal tapi sekarang dah ditukar kepada semester. Satu semester = lebih kurang 5 bulan. Tempoh pengajian form six adalah selama setahun setengah. First year student akan dipanggil lower six manakala 2nd year student akan dipanggil gila sebab semua akan jadi gila dengan kerja kursus bila masuk second year. Ok sis gurau. 2nd year student akan dipanggil akak akak upper six. More to akak akak hyper six I guess.

Pusat pengajian saya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang (SMKAP) jadi bila dah ambik form six kat sekolah agama, terang lagi bersuluh lah saya ambik aliran agama. Form six ni setiap sekolah lain lain subjeknya jadi saya hanya akan ceritakan subjek subjek yang ditawarkan di sekolah kesayangan saya tu je ye. Heh. So kot la sapa sapa nak sambung aliran agama, boleh la refer sini sikit sikit. Dalam Pahang, dua sekolah je yang tawarkan aliran agama. SMKAP dan SMKA TAHAP.

Subjek form six ada berapa?
4 subjek wajib. Siapa nak lebih sikit, dia boleh ambik 5 subjek maksimum + Malaysian University English Test (MUET)
Sikit je kan? Tapi yang sikit ni lah yang heavy dia na’uzubillahimindzlik mashaAllah. Ok jom close up each subjek pulak. (yang ditawarkan di SMKAP saja ya, bukan seluruh negara)
Generally, kami diberi piliihan dua pakej dan 2 subjek wajibunnn. Nak taknak ko kena nak jugak.
Pakej A : Bahasa Melayu dan Bahasa Arab
Pakej B : Sejarah dan Ekonomi.
Subjek wajibun : Syariah dan Pengajian Am. (PA ni wajib untuk semua ok. Wajib untuk semua form six seluruh negara)
Maksud dia kat sini, antara dua pakej ni, semua wajib pilih satu dan kalau nak ambik lebih, dibolehkan tapi maksimum hanya lima subjek saja. Harap korang faham lah weh. Ok takpe saya kasi contoh sikit la sebab nampak korang macam ternganga tu.

Ok camni ye.

Contoh kan, saya baru nak daftar form six dan saya kena buat pilihan selepas diberi taklimat dan pendedahan oleh cikgu-cikgu form six. Apa yang saya kena buat kat sini = saya wajib pilih satu subjek daripada 2 pakej tu. Kata lah saya untuk pakej A saya pilih Bahasa Arab dan pakej B pulak saya pilih ekonomi. Ok maksudnya saya dah pilih dua subjek pakej dan 2 subjek wajib tu memang wajib lah.
Jadi kat sini, saya dah ada 4 subjek. (Syariah, Arab, Ekonomi dan Pengajian Am)
Tapi kalau saya rasa macam 4 subjek tu sikit sangat, saya boleh je tambah lagi satu subjek daripada pakej A dan pakej B. Maksudnya di sini, saya boleh add on subjek yang tak dipilih tadi yakni Bahasa Melayu atau Sejarah. Pilih satu je sebab maksimum lima subjek je. Meh nak bagitahu awal awal, biasanya yang ambik lima subjek akan ambik lebih kat pakej A sebab pakej B tu kalau ambik dua dua tu memang mampus looo. Susah weh ko nak belajar ekonomi lagi, sejarah lagi. Dua dua subjek tu memang killer la nak kabonya.

Saya harap korang ok nak faham dengan apa yang saya cuba sampaikan tu.

Kita close up pulak setiap subjek tu macam mana. Tapi sebelum tu, nak bagitahu dulu yang saya dulu ambik subjek BM dan Sejarah serta dua subjek wajib tu. Untuk subjek yang saya tak ambik tu pengetahuan mengenai subjek tu memang terhad la kan so saya mintak maaf awal awal kalau saya tak mampu nak terangkan sampai awak puas hati.

1.       Bahasa Melayu

What do you expect from BM form six? Totally different dengan SPM. Siapa tak perform time SPM, jangan down sebab pembelajaran dia takde kena mengena pun dengan awak punya SPM. Cuma awak akan gunakan tenknik yang lebih kurang sama untuk buat ringkasan dan karangan.

Time semester satu, awak akan belajar bahasa melayu kuno, asal usul bahasa melayu, institusi yang memperjuangkan bahasa melayu and all sort. Terlalu banyak kalau saya nak terangkan kat sini. Awak jugak akan belajar tokoh tokoh local dan international. Salah satunya, Za’ba dan R.O Winstedt. Awak akan belajar alat artikulasi, cara sebutan dan sebagainya. Saya rasa BM sem 1 ni paling tough kot sebab kita mula mula nak kenal. Kita kalau kenal orang pun gitu jugak kannn. Mesti macam aduhhh segannya, susahnya nak terima cara dia bla bla. Sama jugak kalau kita belajar benda baru.

Untuk semester 2, awak akan belajar tatabahasa. Seronok sebab awak akan belajar semula kata tanya, kata seru, kata majmuk dll. Sem 2 ni awak akan busy sebab awak akan dihujani dengan kerja kursus. Awak kena buat lapan karangan berbeza format. Lapan karangan last dihantar tu, lepas redo karangan first submit tu ye bukan submit terus gitu je.

Sem 3 pulak awak akan belajar laras bahasa, rajah pokok, dll. Sem 3 ni awak akan busy banyak sebab kena siapkan kerja kursus tapi in grouping. Apa yang penting? Yes, kerjasama.

2.       Sejarah

Untuk subjek sejarah sem 1 pulak, awak kena belajar sejarah dunia yang tebalnya mampu mengalahkan tebalnya iman awak. Nak taknak, awak memang kena baca dan ingat fakta fakta dalam tu so that awak boleh hurai sambil pejam mata, tuli telinga. Sejarah STPM ni yang sakit hatinya, semua esei ok adik adik. Dah takde dah paper 1 kau time SPM yang bulat bulat tu. Semua esei. Wajib jawab 4 out of 6 soalan. Masa diperuntukkan hanya 30 minit untuk satu esei. Persetankan tulisan buruk, janji examiners boleh faham dan kau pun boleh baca apa kau tulis dik.

Untuk sem 2 pulak belajar sejarah islam. Bab awal memang kau enjoy. Belajar pun enjoy sebab kau dah tahu perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW, strategi perang, khalifah-khalifah dan sewaktu dengannya. Tapi bila dah sampai bab tengah sikit, mula la kusut nak ingat pasal kerajaan uthmaniyyah, keruntuhan kerjajaan, zaman kemerosotan and all sorts yang ko akan belajar nanti. Sem 2 ni korang akan buat kerja kursus. Saya punya kerja kursus insya-Allah saya akan share nanti sebab saya rasa teruja nak siapakan sebab tokoh kajian saya ni = my mum’s bestfriend yang sacrifice her life to help and save others’ life. She is a nurse.

Sem 3 pulak korang akan belajar sejarah asia tenggara. That means kalau ada soalan pemupukan semangat nasionalisme kat Malaysia, ada jugak kat Indonesia, Vietnam, dll. Tu yang susah sikit nak spot soalan. Awak jugak akan belajar pertubuhan luar under PBB atau United Nation seperti NATO, OIC, Komanwel dsbg.

3.       Syariah
Untuk syariah sem 1, korang akan belajar mirath atau waris di mana korang akan belajar pembahagiaan faraid jika berlaku kematian dalam sesebuahkeluarga. Sebelum belajar tajuk mirath ni basically kami diwajibkan untuk hafal surah an-Nisa’ ayat 12 yang menceritakan tentang jumlah jumlah yang akan diberi kepada waris si mati. Kira macam pendedahan awal sebelum belajar la. Selain daripada tu, korang juga akan belajar bab munakahat atau perkahwinan, bab jenayah seperti membunuh, qisas, rogol dan sebagainya. Jujur cakap, syariah sem 1 ni antara yang seronok belajar tapi banyak yang nak kena ingat. Bila banyak tajuk, banyak jugak la pengertian, hadis serta huraian yang nak kena ingat tapi chill, awak niat belajar, nak score. Insya-Allah Dia mudahkan. Yang penting usaha tu kasi mantap sikit. Untuk sem 1, kalau awak rasa nak real sikit feel tu, ajak lah ustazah buat lawatan ke mahkamah syariah. Kami buat lawatan ke Mahkamah Syariah Kuantan dan berpeluang sendiri tengok prosiding berjalan dalam mahkamah. Kitorang berkesempatan untuk follow kes hadhanah iaitu hak penjagaan anak, kes peneraian dan tuntutan harta sepencarian. Semua ni korang akan belajar untuk sem 1 so korang barulah rasa real sikit bila tengok sendiri macam mana real nya sebuah perkahwinan yang kita selalu fikir yang indah indah je. Bila masuk mahkamah syariah, barulah awak akan sedar yang realiti sebenar kehidupan tidaklah seindah gambaran dalam tulisan. Tapi nak lawatan sambil belajar, awak kena rajin lah cari sponser. Kitorang struggle gila cari sponser sampai ke pejabat yb dan kerja keras kami tu paid off lah kan.

Untuk sem 2, awak akan belajar usul fiqh dan kaedah fiqh. Itu tajuk besarnya. Banyak lagi anak anak dia dalam tu ye dan sejujurnya, syariah sem 2 is quite challenging, no jokes. Sebab apa? Sebab awak perlu ingat semua kaedah yang terkandung dalam tu dan kena kaitkan dalam kehidupan seharian untuk tentukan halal haram sesuatu situasi tu. Awak akan belajar lah nanti pengharaman arak, rukhsah dalam islam, situasi darurat dsbg. Tu untuk kaedah fiqh. Kalau usul fiqh pulak awak akan lebih kena focus sebab kena belajar maqasid syariah, mukayyad, dan banyak lagi lah. Sem 2 ni jugak awak akan kusut dengan kerja kursus syariah tapi hadap je la ya. Memang sem 2 ni sem kerja kursus. Nak siapkan tu, bercinta tau tak tapi takpe, good things take time.

Untuk sem 3, awak akan belajar ayat ahkam dan hadis ahkam in which kena hafal lah segenap inci ayat al-quran dan hadis yang ada dalam silibus. Bunyi macam susah kan tapi jangan risau. Korang boleh punya sebab pada pendapat saya lah kan, sem 3 ni paling mudah kalau nak dibandingkan dengan sem 1 dan sem 2. Dengan syarat kena rajin lah.

4.       Pengajian Am

Mula mula belajar dulu pun pening jugak fikir pengajian am tu apa. Ok pengajian am ni ialah subjek yang wajib ambik untuk semua student tingkatan 6. Semua, no excuse, tak kira bangsa dan agama. Sebab apa? Sebab subjek PA ni awak akan belajar tentang kewarganegaraan, fungsi-fungsi mahkamah dalam negara, sistem pilihanraya , cara perlantikan YDPA, PM, hakim mahkamah persekutuan, peguam negara dll. Sem 1 ni banyak belajar pasal negara sebab form 6 ni satu fasa umur yang kita kena tahu mengenai sistem yang diguna pakai di negara kita. Nak real lagi, ajak cikgu awak buat lawatan di Parlimen Malaysia tapi kena rajin lah cari sponser. Kitorang memang banyak keluar sekolah untuk lawatan. Time buat lawatan di parlimen, kitoang syok gila tengok ahli ahli parlimen bentangkan usul. Time tu parti Barisan Nasional masih lagi di sebelah kiri parlimen hihi.
Untuk sem 2, awak akan belajar dasar-dasar dalam Malaysia. Contohnya awak akan belajar Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pandang ke Timur, Dasar Pendidikan, Wawasan 2020 dan macam macam lagilah. Jujur, sem 2 is no jokes. Buat betul betul ye. Oh ya, awak juga akan belajar semula buat graf. Prepare pensil warna siap siap. Sem 2 ni umpama macam back to pra la haha. Sem 2 jugak awak akan proceed awak punya kerja projek untuk pengajian am. Tengok la nanti dapat tajuk apa. Macam saya haritu dapat tema pelancongan kebudayaan dan alam sekitar tapi saya pilih pelancongan kebudayaan sebab saya memang dah lama teringin nak ke kilang batik. Alhamdulillah, merasa la buat kajian di Natural Batik Village, Balok, Kuantan.

Untuk sem 3, awak akan belajar hubungan multilateral dan bilateral Malaysia dengan negara-negara luar. Serious seronok belajar sebab awak akan belajar ASEAN, PBB, dan pertubuhan-pertubuhan di bawah PBB seperti UNICEF, UNCTAD, FAO, UNHCR, law in war, dan banyak lagi. Ok yang ni sis nak mintak korang yang bakal ambik STPM ni untuk follow ig pertubuhan-pertubuhan under PBB ni. Kalau tak tahu nama pertubuhan tu, awak follow je dulu ig United Nations dan awak tengok kat following dia tu baaaanyak sangat pertubuhan kan so awak follow. Seriously sangat membantu. Awak tak sakit kepala dah nanti nak tentukan pertubuhan ni untuk apa dan untuk siapa bila selalu follow dorang punya story dan postings. Follow ye adik adik dan ada banyak pertubuhan yang selalu buat quiz kat situ. Sampai sekarang saya join dan suka share cerita through dm and luckily ada yang reply so saya excited tak habis lagi ni. Haha.

Ok dah habis saya punya 4 subjek. Lagi 2 subjek yang saya tak ambik tu, saya rasa macam tak yakin untuk share sebab saya totally tak tahu macam mana kaedah pembelajaran dan tajuk tajuk untuk Bahasa Arab dan Ekonomi. Yang saya tahu, time 1st year dorang akan belajar mikroekonomi dan untuk 2nd year pulak makroekonomi. Untuk Bahasa Arab tu dorang kata lebih kurang je macam SPM tapi lebih mendalam. Bahasa Arab ni pun ada kerja kursus dan ujian lisan ye. Ekonomi pun ada kerja kursus untuk sem 3.

5.       MUET
MUET ni kalau ambik form six, awak akan untung yang teramat untung daripada student diploma sebab awak akan ada tutor untuk MUET so awak takde la di awang awangan lagi. MUET ni akan ada 4 jenis exam iaitu speaking, writing, reading dan listening. MUET ni wajibun ambik time form 6 dan kena bayar RM150.

Jadi, saya rasa itu je kot yang saya nak kongsi untuk entry kalini. Entry kemudian hari, insya-Allah saya nak share perjalanan saya buat kerja kursus Pengajian Am di kilang batik tu pulak sebab sepanjang siapkan kerja Kurus tu, saya banyak menangis dan stress, banyak jugak insan baik hati yang tak henti henti tolong saya dari awal hingga akhirnya. Saya doakan Allah akan balas semua kebaikan tu dengan kebaikan juga :’)))))

Untuk adik adik lepas SPM, ketahuilah bahawa form six ni bukanlah satu neraka dunia. Saya tak pernah menyesal ambik form 6 even form six ni bukanlah pilihan saya dari awal. Lepas awak habiskan form six yang setahun setengah ni, awak boleh terus sambung degree. Nak dibandingkan dengan diploma, yuran pengajian dia ibarat langit dan bumi dan awak tak payah pening fikir harini nak makan apa sebab kalau awak seorang insider, awak akan makan lima kali sehari dengan bayaran sebanyak RM250 bagi parents yang berpendapatan RM3000 ke bawah dan RM750 kalau parents berpendapatan RM3000 keatas. Tapi kalau awak rasa diploma pilihan terbaik, go on sebab awak tahu apa yang awak nak. Semua orang ada pilihan masing masing dan setiap tempat kita belajar tu tetap ada baik buruknya. Form six ni bukanlah semua wangi wangi je. Ada jugak yang busuknya.
Form six ni, kalau awak rajin  cari sponser dan jaga disiplin, macam macam tempat awak boleh pergi dan banyak aktiviti yang awk boleh try. Seminar pun awak boleh sleep over kat resort best best macam kami. Ni bukan self claim tapi mungkin sebagai pendorong semangat awak. Haha. Kitorang time form six dulu, macam macam aktviti kitorang buat. Daripada kerja charity sampai lah ke aktiviti untuk release stress kami. Panjat bukit, canopy walking, night walking, ikhtiar hidup dan rapid shooting. Tu semua aktiviti kami kat Taman Negara. I told ya, kalau baik dan rajin mesti cikgu seronok asyik nak bawak berjalan.
Kat sekolah pulak, jadi lah urusetia time ada program. Time sukan pulak, jadi team first aid sambil ko boleh acah acah descendant of the sun kan. Hahaha.

Itu je lah kot. Form six ni banyak manis daripada pahitnya. Enjoy lah dengan sebaiknya sebab last day being a form six nanti, korang akan faham betapa sakitnya untuk korang berpisah dengan kawan kawan form six korang yang korang baru kenal setahun setengah tapi dah macam kenal 10 tahun. Goshhh I miss you guys so much. Parting is sorrowful :’((((
Belajar memang stress tapi try la overcome. Malam weekend, rebus maggi, buat coffee, makan sama sama dalam satu halaqah. Minggu balik pulak buat la potluck. Share makanan sama sama, makan sama sama dan paling penting basuh tupperware sama sama. Haha. Seronok weh alamak sedih pulak.

Anyway, good luck untuk apa saja yang awak akan pilih nanti sama ada form six, diploma, matrik atau asasi. Selamat maju jaya semua dan doakan saya dan kawan kawan STPM ada tempat di universiti kelak.


Apa apa rujukan dan sekiranya kurang kefahaman mengenai form 6, boleh rujuk di Majlis Peperiksaan Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan Sijil Menengah Agama (SMA)