Kelebihan Sijil Menengah Agama (SMA)

Assalamualaikum WBT.
.......demi pena dan apa yang mereka tuliskan.
-Al♡Qalam : 1-
Syuhada ambil berapa subjek?
Syuhada stay sekolah lama ke?
Kau tak pindah ke?
Blaa.. Bla.. Bla...
Banyak betui soalan.
Mai ceq nak habaq.
Ceq sekarang tengah tunggu tawaran.
Kalau tak sampai, maknanya tak da rezeki lah namanya 
Ramai sahabat-sahabat yang tanya, berapa subjek aku ambil tahun ni.
Ada juga yang tanya aku ambil aliran apa.
Ehem.
Aku sekolah agama.
SMA bukan SMKA.
Kami semua tiada pilihan.
Sekolah kami bukan macam sekolah kau-kau semua 
Kami tiada aliran Sains Tulen, Prinsip Akaun, Perdagangan semua tu.
Cuma, tahun ni pun kami ada perperiksaan besar dan sekolah meletakkan harapan yang tinggi pada kami.
SMA.
Apa itu SMA?
Sijil Menengah Agama.
Sijil yang kau akan cari bila kau nak mohon STAM nanti.
Dulu, aku pernah buat keputusan dan bercakap sesedap rasa.
"Aku ambil SMA? Haha. Memang tak la."
"Aku nak pindah. Tak nak ambil SMA!"
Nah sekarang, aku dah jadi salah seorang calon SMA.
Dulu, fikiran aku sangat kritikal.
Kononnya SMA ni tak ada guna.
Tapi Alhamdulillah, aku dah sedar.
Dah sedar yang SMA adalah satu kebanggaan dan satu kelebihan.
Kau rasa, berapa banyak subjek SMA ni?
Enam?
Lima?
No. No. No.
Kami ada 10!
1) Adab Nusus
2) Mantiq
3) Feqah
4) Tauhid
5) Hadis
6) Balaghah
7) Tafsir
8) Insya'
9) Quran
10) Nahu
Itulah subjek fokus kami untuk tahun ni.
Tapi selain tu, kami juga ada :
1)Bahasa Malaysia
2) Bahasa Inggeris
3) Matematik
4) Sejarah
5) Pendidikan Syariah Islam
6) Pendidikan Al-Quran AsSunnah
7) Sains
8) Ekonomi Asas
9) Bahasa Arab
Dalam tahun ni, kami memang kena muntah hijau berdarah-darah merah untuk dapatkan Mumtaz dalam SMA dan straight A untuk subjek akademik.
Semua subjek kami untuk tahun ni = 19
Tiada lagi istilah main dalam kelas.
Lagipun, dah jadi senior mana boleh childish!
Ceh, konon! Haha
Tiada lagi istilah mengacau entiti sebelah waktu belajar.
**
Adab Nusus
Pamenda tu?
Adab Nusus ni sastera Arab.
Macam BM la.
Kalau BM, kita belajar komsas.
Tapi kalau subjek Bahasa Arab, kami belajar Adab Nusus.
Tapi Adab Nusus ni totally different dengan komsas.
Dalam subjek ni, kami belajar nilai tinggi sastera arab.
Kami belajar syair-syair untuk tiga zaman.
Makna adab juga berbeza mengikut zaman.
1) 'Asr Jahili ; Zaman Jahiliyyah
2) 'Asr Islami ; Zaman Islah
3) 'Asr AlHadis ; 'Abasiyyah, Turkiyah
Aku pun baru dua muka surat belajar ADN ni. So, setakat ni je yang aku mampu bagitahu.
Mantiq?
Apo kobondonyo tu?
Kami cuma diberitahu bahawa subjek Mantiq ni ada berkaitan dengan undang-undang dan apa lagi tah. Lupa dan tak sempat nak take note  Mantiq juga berkaitan dengan logik akal.
Belum mula belajar lagi subjek ni.
Feqah.
Subjek yang berkaitan dengan tayamum, bersuci semua tu. Dah namanya pun fiqh kan. Hehe. Best! Kami baru mula masuk bab toharah *Bersuci*
Tauhid.
Biasa kita dengar.
Semestinya tentang keesaan Allah.
Subjek wajib mumtaz ni 
140 soalan beserta jawapan wajib hafal.
Hadis.
Subjek yang agak senang nak score.
Cewah.
Waktu form 2 dulu selalu lah juga score subjek ni. Hehe.
Tahun lepas, budak form 3 tak ambil subjek azhari. Atas faktor PT3.
Hadis wajib untuk hafal semuanya ada 15.
Itu belum dia punya ta'rif dari segi bahasa, dari segi syara' lagi.
Belum masuk dia punya kata seerti dan kata berlawanan lagi. Phew.
Balaghah.
Balaghah ni .... Hmm. Macam mana ya nak cakap. Haha.
Balaghah ni macam kita melabel orang.
Lebih tepat lagi, Balaghah ni macam satu persamaan.
Aku bagi contoh dalam BM naa.
1) Aisyah cantik umpama mawar.
Aisyah jamilah mislu alwardah.
2) Aisyah mawar.
Aisyah alwardah.
Ustaz aku kasi contoh lagi best.
1) Cikgu garang itu sedang mengajar.
2) Cikgu umpama singa itu sedang mengajar.
3) Singa itu sedang mengajar.
Haha.
Macam tu la lebih kurang.
Kita menyamakan seseorang dengan sesuatu.
Kalau BI, kita panggil idiom kan?
As lazy as a pig.
As graceful as a swan.
As colourful as rainbow.
Tafsir.
Semestinya tentang ayat suci al-Quran.
15 surah kena hafal.
Ada surah senang, ada surah  susah.
Hafal surah beserta tafsirnya sekali.
dah nama pun subjek Tafsir kan 
Insya'
Insya' ni karangan Bahasa Arab. Kami belajar cara-cara nak buat surat rasmi dalam Bahasa Arab dan banyak lagi.
Nahu
Juga subjek berkaitan dengan Bahasa Arab.
Soalan aplikasi Nahu ni memang akan wujud dalam kertas soalan Bahasa Arab bahagian A kalau tak silap.
Quran
Semestinya kena hafal surah kann..
Hehe.
Untuk silybers tahun ni, kami kena hafal tiga surah.
1) Surah As-Sajdah
2) Surah Luqman
3) Surah Faatir
Ustazah ada pesan,
"Harap-harap tahun awak ni tak ada perubahan surah last minute."
Pergh. Tak boleh nak bayangkan kalau dah hafal tiga-tiga surah tu, tiba-tiba surah lain yang masuk.
Begitulah perangai dan sifat 10 subjek SMA. Haha.
**
Ambil SMA tak ada life.
Ehem. Siapa kata? Kami enjoy tau study semua tu. Ustaz , ustazah pun dah letakkan harapan yang tinggi pada kami.
Lagipun, kami still belajar subjek akademik.
Cuma dalam pertengahan tahun ni, jadual kami akan dianjal atas faktor untuk fokus subjek SMA.
Jadi, sekaranglah masanya untuk grab peluang yang ada. Inilah masanya untuk belajar sefokus-fokusnya. Matematik terutamanya. Heh heh.
*
Jangan pernah fikir bahawa SMA ni satu bala atau apa. Sebaliknya, ini adalah satu kebaikan yang orang lain tiada. Bukan semua orang dapat peluang ni. Jadi, berayukurlah ya wahai calon SMA.
SMA.
Sijil yang kita akan guna bila nak mohon STAM.
InshaAllah jika cemerlang dikuliah, boleh sambung belajar di negara timur tengah seperti Mesir, Turki dan sebagainya.
STAM = Sijil Tinggi Agama Malaysia
STAM ni popular dengan gelaran Pra-Universiti. Macam STPM tu la.
STAM melibatkan 11 subjek dan MUET juga ada.
MUET = Malaysian University English Test kalau tak silap. Haha.
Haritu akak aku kemas bilik, terjumpa sheet MUET dia.
Jadi, aku dah berpeluang uji minda aku dengan MUET. Haha.
Alah, lebih kurang je macam kita punya format PT3 English tahun lepas.
Walau macam mana pun, aku belum pasang harapan lagi untuk sambung STAM.
InshaAllah nanti nak isi borang UPU terus.
Aku merancang, Allah menentukan.

Sampai sini  je kot entry kali ni.
Cuma nak tekankan bahawa penting dan alangkah bagusnya ambil SMA.
Tapi, setiap kelebihan sudah pasti ada kekurangan. Sedangkan manusia juga begitu.
Antara kekuranganya termasuklah kami tiada pilihan aliran. Masa kami terhad. Kami mengejar masa. Tiada istilah enjoy bersopin, berjimba untuk tahun ni.
Kami cuma enjoy dalam kelas dengan lawak-lawak classmates dan cikgu-cikgu, ustaz, ustazah, teacher semua.
Allahumma Arifni Nafsii.
Moga Allah permudahkan segalanya.


Okay, cukup sampai disini.
Ada jodoh, kita jumpa lagi.
Tadaa 
Assalamualaikum WBT.

Comments

  1. Assalaam Syuhada, macam mana nak belajar utk ambil SMA bagi pelajar lebih umur?
    Dulu, tiada pendedahan SMA. Terus masuk sekolah sirkular dan masuk universiti yg tak ada latar belakang agama.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. maaf atas kelewatan. baru ada peluang untuk berblog hehe:) kalau yang tu, saya kurang pasti. sebab SMA ni untuk student tingkatan 4. biasanya hanya dengar calon persendirian untuk SPM saja. Maaf tak dapat membantu :(

      Delete
    2. Boleh je ambil dengan berdaftar dengan JAIS

      Delete
  2. Alhamdulillah. sama sama. yang baik datang dari Allah :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...saye tahun 2015 amik sma,,,dan gagal....kerane sy susah nk mnghafal ....jadi tahun ni sy ulang semula ppriksaan,,,bln 6,,sy msih x byk hafal...dan sy nk tanye samada masih sempat ke nk mncapai tahap jayyid jiddan??sekian,,,dri pelajar sma al wosto,pahang... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam wbt.. sorry lambat.. memang ada jenis orang yg lambat menghafal even sy sendiri pun camtu jugak...time management sgt penting..try hafal yg agak2 masuk esp hadis, tafsir which kita takleh jangka hadis & surah apa yg akan masuk...Jawab soalan juj dengan kerap. Al wosto kalau fail memang kena repeat eh? Apapun, good luck n all the best...yang penting, Allah akan bagi jalan untuk sesiapa yg berusaha..

      Delete
  5. nk msok stam tgok sma ke tgok prastam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam sekolah saya takde pra stam so kitorang memang pakai sma untuk further stam๐Ÿ˜Š

      Delete
  6. doakan saya..thun ni amik sma

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...
    Dimana saya blh dptkn Contoh2 soalan dan nota SMA...

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Bleh x terangkan dgn lbih jelas pasal mantik dan adab nusus

      Delete
  9. MashaAllah.... saya sungguh takjub membaca isi tulisan ini.... saya suka..
    sekolah agama memang best... kami di Indonesia pun ada sekolah agama setingkat dengan SMA ni... namanya MA (MADRASAH ALIYAH)....
    Tapi saya lihat Pembelajaran di Sekolah agama Di malaysia lebih Komplit. Keren Banget.... Saya suka. Alumni Sekokah agama pun patut di banggakan.. Semoga ilmu agama yang Kita peroleh lebih bermanfaat. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga dengan tulisan kecil ini mampu membangkitkan semangat anak muda untuk belajar agama dengan lebih mendalam :) saya pun ada tonton dokumentasi mengenai madrasah di indonesia yang saya rasa sangat mengagumkan. walaupun ada kekurangan dari sudut fizikal sekolah dan seumpamanya, tapi semangat mereka sangat menyentuh hati. Indonesia juga salah satu negara yang tersenarai dalam wishlist saya untuk di explore. antara salah satu sebabnya adalah kerana tulisan tulisan hebat karya penulis dari sana seperti Tere Liye dan Habiburahman El-Shirazy :)Tidak lupa juga filem filem indonesia yang berkualiti. Mohon doa sister siti hasanah supaya saya dapat ke sana satu hari nanti. salam sayang dari Malaysia :)

      Delete
  10. Tahniah, pembelajaran adalah seumur hidup:)Melihat subjek yang dipelajari. dapat bayangkan anak auntie akan hadapi semua ini sebab dia juga belajar di Sekolah agama yang akan mengambil SMA.Semoga dipermudahkan dan cemerlang mencapai impian:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah...semoga anak aunty beroleh kejayaan dunia akhirat dan mampu untuk memperjuangkan agama Allah :)))

      Delete
  11. mcm mne nk semak keputusan sma-ulangan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf ya. Saya tak pasti. Saya cuba google, tapi saya pun tak dapat jawapannya :(

      Delete
  12. balaghah tu susah x...saya nak amik tpi mcm scary ckitt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balaghah favourite subjek saya zaman SMA dulu. Seronok belajar sebab balaghah ni subjek yang ada dalam bahasa arab. Basially, balaghah ni memang satu topik dalam bahasa arab tinggi tapi balaghah untuk SMA ni mungkin kita belajar dengan lebih mendalam lagi. Jadi seronok belajar sebab time balaghah, belajar balaghah. Time bahasa arab pun ada belajar balaghah jugak :) semoga awak score balaghah dan subjek subjek lain. After all, saya rasa tiada yang lebih scary daripada adab nusus. hihi

      Delete
  13. kalau memang dari form 1 lagi tak amik sekolah agama,lepastu bila form 4 baru msuk...susah tak kita nak score..byk tak perkara yg kita dah ketinggalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman saya SMA dulu, silibus SMA adalah sepanjang pembelajaran waktu form 4 sahaja, tak termasuk silibus daripada form 1- form 3. InshaAllah boleh score, yang penting usaha. Selamat maju jaya๐Ÿฅฐ

      Delete
    2. bagi pendapat saya susah jugak sbb pertama kalikan tapi apapun usaha yg menentukan ๐Ÿ‘

      Delete
    3. bole ke pindah dari smka ke sabk waktu form4? tertanya2 jugak

      Delete
  14. Sy dari 2021,suka penerangan akak

    ReplyDelete
  15. erm wallpaper dgn tulisan tak ngam susah nak baca ๐Ÿ˜… , ke saya ja yg tak boleh yg lain boleh mana lah tau sbb saya buta warna

    ReplyDelete
  16. mintak maaf ye sekarang dah okay ๐Ÿ™‚๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  17. Klau subjek al quran gagal ... Keseluruhan sijil sma gagal jugak ke?

    ReplyDelete
  18. Terima kasih info Yang berguna.

    ReplyDelete
  19. Terima kasih perkongsian yg sangat bermanfaat. Untie sedang fahamkan semua subjek2 ni utk bantu anak menghafal.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum..
    Saya dtg dr masa depan.. entry 2015 ni skrg penulisnya dimana dan sdg buat apa. Tengah cari2 maklumat utk sekolah anak sekali terbaca entry menarik ni.. jika masih wujud sila reply. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam WBT. Terima kasih sudi baca entri saya, Puan Julaiha.
      Alhamdulillah, saya baru bergraduasi dari Universiti Malaya dalam bidang linguistik pada hujung November tahun lalu. Doakan semoga urusan saya untuk masuk ke alam pekerjaan dipermudahkan ya puan. Selamat maju jaya buat anak puan☺️

      Delete
    2. Tahniah! All the best utk alam kerjaya. Sy di sini pun mencari info psl SAM dan STAM. Anak sy dpt tawaran ke SAMTEN dan rayuan ke SMKA lambat lagi tahu keputisan ๐Ÿ˜…

      Delete
  22. Assalamualaikum cik blogger.Menyinggahnya saya di sini sebab baru lepas tengok keputusan anak. Alhamdulillah banyak info saya dpt dr blog ini. Awk penulis yg berbakat. Berbalik kpd keputusan anak Alhamdulillah dia dapat jayyid jiddan dlm SMA, cuma smatq dia agak lemah sedikit. Mungkin sama seperti yang awak cerita di atas, kadang hafal surah lain tapi kluar surah lain. dpt bayangkan betapa frustnya anak saya. Jadi sy sbg ibubapa, wlupun kputusan beliau, sy bsyukur & redha seban tak semua orang mampu bawa aliran SMA ni.

    ReplyDelete
  23. Cool and I have a tremendous proposal: Where To Start Home Renovation house renovation calculator

    ReplyDelete
  24. Zaman sekarang nk jadi polis atau askar kene tgk sma fuhhh dulu tiada kurang tapi sekarang kerajaan nk buat semua tuh.untung siapa ada sijil agama

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Subjek-Subjek Tingkatan 6 (Form Six)